Monday, 25 January 2016

ANUGERAH JUARA LAGU, AJL 30 BEST!

Mesti korang masih hangat lagi kan bercerita pasal Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-30. Korang sokong siapa semalam? tepat tak ramalan korang siapa yang akan menang? Happening tak AJL semalam and ada tak yang korang tak puas hati?

Erna semalam pun tak terlepas la tengok AJL30 semalam. Erna memang minat lagu potret, tapi tak sangka pulak boleh menang kan..hehehe ok la tu. Erna tak la nak mempertikaikan keputusan juri. Akim perform semalam pun memang superb!! Suara mantap. Good job Akim & the Magistrate. 


Berdasarkan persembahan semalam, Erna paling suka dengan persembahan Faizal Tahir. Walaupun nampak macam simple, tapi menangkap hati. Sampai meleleh air mata semalam. Erna percaya mesti ramai juga yang menitis air mata tengok background video kanak-kanak semasa faizal tahir perform. 




Dayang Nurfaizah pun memang not bad sebab dia memang otai kan. Suara sedap sangat. Memang dia la paling layak dapat anugerah vokal terbaik malam tadi. Tahniah kak dayang!!




Caliph Buskers pun tak kurang hebatnya. Edry abdul halim memang genius. Suka sangat permulaan lagu tu. Korang yang masih tak tahu keputusan semalam, jom tengok senarai pemenang ni.

PERSEMBAHAN TERBAIK
LAGU: POTRET
ARTIS: AKIM & THE MAJISTRET

VOKAL TERBAIK
LAGU: TAK PERNAH MENYERAH
ARTIS: DAYANG NURFAIZAH

TEMPAT KETIGA
LAGU: HANYA NAMAMU
ARTIS: CALIPH BUSKERS

TEMPAT KEDUA:
LAGU: ASSALAMUALAIKUM
ARTIS: FAIZAL TAHIR

JUARA AJL 30
LAGU: POTRET
ARTIS: AKIM & THE MAJISTRET








Tahniah untuk semua, especially pada pemenang. Erna just nak cakap dato' Siti Nurhaliza maintain cantik! Suka tengok dia! hahahha hidup orang PAHANG!!



No comments:

Post a Comment