MAKARONI GORENG SIMPLE
Semalam husband request nak makan makaroni. Sebelum ni memang tak pernah masak ape2 resepi makaroni. So, saja la google resepi, tapi tak cukup bahan2.huhuhu
So, Erna decide buat jela resepi sendiri. Masak Makaroni goreng campak2! hahah Guna je bahan yang ada kat rumah ni. Sapa yang nak try, boleh la. Senang je. Orang bujang paling sesuai masak ni..hehe
Bahan-bahan
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 ulas
makaroni
Serbuk kari 1 sudu
Lada kering (di blender)
Daun kari
Garam
Serbuk perasa
Isi ayam
Sos tiram
Telur sebiji
Cara-cara
1. Mula-mula rebuskan makaroni dalam air yang mendidih sehingga lembut, kemudian toskan.
2. Panaskan minyak. Masukkan ayam yang dipotong dadu. selepas itu, masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari yang telah ditumbuk. Tumiskan ia bersama ayam tadi sehingga naik bau.
3. Larutkan 1 sudu serbuk kari dalam sedikit air dan tambahkan ia selepas bawang tadi naik bau. Kemudian, masukkan lada kering yang telah dimesen. Gorengnya sehingga pecah minyak.
4. Masukkan 1 sudu sos tiram. Jika mau, boleh masukkan kicap.
5. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
6. Pecahkan telur dan kacau.
7. Last skali,masukkan makaroni.
Taraaa!!! Dah siap..hehe
Suami balik keja, trus cakap 'sedapnya bau! dari luar dah boleh bau'..bila je dia rasa, dia kata SEDAPNYA!. haaa tu je yg penting. walapun resepi reka sendiri, tapi sedap.
Korang pon leh je reka resepi sendiri kalau tak cukup bahan-bahan.
SELAMAT MENCUBA YA..